Saturday 8 December 2012

Namunku Punya Hati

Mereka tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia...Namun, takdir menguasai segalanya dan merupakan kehendak dari-Nya..siapa kita untuk melawan takdir Yang Esa...
~bersyukur atas nikmatnya~

Aku Punya Hati....

Senyumku tak seghairah
Gerak hati tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namunku Punya hati
Juga kayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidakku minta lahir ke dunia
Tidakku duga cacat begini
Bukanku minta kasih dan sayang
Bukanku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Kemenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa kepergi jua......


~Gambaran hati mereka mungkin...~

Tuesday 20 November 2012

Perkhidmatan untuk mereka

Perkhidmatan??perkhidmatan apa?? kalau nak tahu kena la baca entri nie sampai habis...Antara beberapa perkhidmatan yang telah disediakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dimana program ini juga turut melibatkan ibu bapa...Antaranya ialah :
  • Program Intervansi Awal
    • Apa itu intervensi awal???  Menurut Fatimah Bivi ( 2000 ) , Intervensi awal didefinisikan sebagai salah satu usaha tersusun untuk meningkatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat
    • Tujuan??  Program ini diwujudkan bertujuan untuk memberi bantuan awal kepada ibu bapa untuk mengambil langkah-langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan.
  • Program Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK )
    • Program ini merupakan antara program yang menekankan penglibatan ibu bapa dan masyarakat tempatan
    • Merupakan salah satu usaha pencegahan dan pemulihan golongan berkeperluan khas di peringkat kampung
  • Rancangan Penilaian Individu ( RPI )
    • RPI merupakan dokumen bertulis yang dirancang khusus untuk seseorang pelajar
    • RPI disediakan berdasarkan keperluan pelajar berkeperluan khas yang mengandungi tahap kefungsian murid , matlamat jangka pendek dan jangka panjang, perkhidmatan yang disediakan dan penilaian yang digunakan dalam P & P
  • Pendidikan Inklusif
    • Pendidikan inklusif merupakan satu bentuk program dimana pelajar berkeperluan khas belajar bersama-sama dengan murid tipikal di dalam  satu kelas.

Friday 16 November 2012

Apa Tu???

Palsi Serebrum ( CP )
  • Ciri utama gangguan ini ialah kekakuan anggota yang menyebabkan kelumpuhan
  • Penyakit ini tidak berjangkit, tetapi tidak boleh dipulihkan
  • Terdapat beberapa bentuk Palsi Serembrum. Antaranya ialah :
    • Spastik
    •  Atetosis
    •  Ataksia
    •  Atonia
    • Tremor
  • CP boleh berlaku secara bersendirian atau dalam gabungan mana jenis atau lebih :
    • Monoplegia - Satu lengan atau satu kaki
    • Hemiplegia - Satu lengan dan satu kaki pada sebelah badan yang sama
    • Triplegia - Tiga anggota terjejas, selalunya 2 kaki dan satu lengan
    • Diplegia - Keempat-empat anggota terjejas, dengan kaki lebih teruk terjejas daripada lengan
    • Kuadriplegia - Keempat-empat anggota sama-sama terjejas
    • Paraplegia - 2 anggota setiap satu pada sebelah badan yang berlainan

Amputasi ( Kudung Anggota )

Amputasi??? Apa tu???   Untuk makluman semua nama lain bagi Amputasi ialah kehilangan mana-mana anggota badan yang mungkin berlaku disebabkan kemalangan, jangkitan tulang dan kanser tulang atau sememangnya dilahirkan tanpa anggota tertentu

Polio

Polio merupakan kelemahan otot atau kelumpuhan, yang selalunya berlaku ketika masih kecil..Polio berpunca daripada jangkitan virus yang boleh mengakibatkan kelumpuhan terutamanya di bahagian kaki. Polio boleh dielakkan menerusi imunisasi.

Distrofi Otot
Distrofi otot merupakan sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan kelemahan atau kemerosotan otot secara beransur-ansur dan akhirnya boleh menyebabkan kerosakan kepada otot jantung dan pernafasan

Epilepsi 

Epilepsi juga dikenali sebagai penyakit sawan. Epilepsi menggambarkan  tentang gangguan yang berlaku apabila terdapat ledakan aktiviti keterlaluan di dalam sebahagian atau seluruh otak , dan keadaan ini berlaku secara tiba-tiba dan hilang secara tiba-tiba serta cenderung untuk berlaku semula.

Friday 9 November 2012

Gangguan Fizikal dan Pergerakan

Terdapat beberapa faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya gangguan fizikal dan pergerakan. Antaranya ialah disebabkan oleh :

  1. Faktor keadaan semula jadi
    -berlaku kepada bayi sama ada semasa bayi berada dalam kandungan ataupun ketika proses kelahiran
    -terbahagi kepada 2 iaitu faktor baka dan faktor persekitaran
  2. Penyakit
    -contoh : Penyakit Polio, penyakit berjangkit seperti tibi tulang ( Osteomielitis ) dan penyakit sendi tulang ( artritis )
  3. Kemalangan
    -ingat!!!..kita yang dilahirkan normal juga mempunyai risiko untuk mengalami kecacatan...
  4. Peperangan
    -bahan radiasi yang dikeluarkan oleh bom boleh mengakibatkan berlakunya kecacatan pada janin dalam kandungan, bayi, kanak-kanak serta orang dewasa
    -contoh : bahan nuklear yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua yang menyebabkan berjuta-juta rakyat mengalami jangkitan virus.