Definisi Pendidikan Khas
Apa itu pendidikan khas??? .....Untuk makluman pembaca sekalian,
pendidikan khas ialah satu program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas.
Menurut
Chua Tee Tee dan
Koh Boh Boon ( 1992 ),
pendidikan khas adalah satu program pendidikan yang dirancang khas untuk murid-murid istimewa atau luar biasa daripada segi intelek, jasmani, sosial atau emosi...
Mengikut terjemahan Kirk ( 1993 ), definisi
pendidikan khas adalah "kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dari segi
mental ,
keupayaan deria ,
ciri-ciri saraf dan otot atau
fizikal ,
tingkah laku sosial atau
emosi ,
keupayaan komunikasi ataupun
pelbagai kekurangan sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai ataupun perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat berkembang kepada kemampuan yang maksimum".
Manakala, mengikut terjemahan Culatta ( 1999 ) pula, definisi
pendidikan khas adalah pengajaran yang bercorak individu yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.
~
Apabila kita bersyukur, kita berusaha memberikan yang terbaik sebagai tanda terima kasih kepada Pencipta~