Saturday 3 November 2012

Pendidikan Khas

Definisi Pendidikan Khas


Apa itu pendidikan khas??? .....Untuk makluman pembaca sekalian, pendidikan khas ialah satu program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas.
Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon ( 1992 ), pendidikan khas adalah satu program pendidikan yang dirancang khas untuk murid-murid istimewa atau luar biasa daripada segi intelek, jasmani, sosial atau emosi...
Mengikut terjemahan Kirk ( 1993 ), definisi pendidikan khas adalah "kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dari segi mental , keupayaan deria , ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal , tingkah laku sosial atau emosi , keupayaan komunikasi ataupun pelbagai kekurangan sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai ataupun perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat berkembang kepada kemampuan yang maksimum".
Manakala, mengikut terjemahan Culatta ( 1999 ) pula, definisi pendidikan khas adalah pengajaran yang bercorak individu yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.

~Apabila kita bersyukur, kita berusaha memberikan yang terbaik sebagai tanda terima kasih kepada Pencipta~

No comments:

Post a Comment