Wednesday, 28 November 2012
Tuesday, 20 November 2012
Perkhidmatan untuk mereka
Perkhidmatan??perkhidmatan apa?? kalau nak tahu kena la baca entri nie sampai habis...Antara beberapa perkhidmatan yang telah disediakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dimana program ini juga turut melibatkan ibu bapa...Antaranya ialah :
- Program Intervansi Awal
- Apa itu intervensi awal??? Menurut Fatimah Bivi ( 2000 ) , Intervensi awal didefinisikan sebagai salah satu usaha tersusun untuk meningkatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat
- Tujuan?? Program ini diwujudkan bertujuan untuk memberi bantuan awal kepada ibu bapa untuk mengambil langkah-langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan.
- Program Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK )
- Program ini merupakan antara program yang menekankan penglibatan ibu bapa dan masyarakat tempatan
- Merupakan salah satu usaha pencegahan dan pemulihan golongan berkeperluan khas di peringkat kampung
- Rancangan Penilaian Individu ( RPI )
- RPI merupakan dokumen bertulis yang dirancang khusus untuk seseorang pelajar
- RPI disediakan berdasarkan keperluan pelajar berkeperluan khas yang mengandungi tahap kefungsian murid , matlamat jangka pendek dan jangka panjang, perkhidmatan yang disediakan dan penilaian yang digunakan dalam P & P
- Pendidikan Inklusif
- Pendidikan inklusif merupakan satu bentuk program dimana pelajar berkeperluan khas belajar bersama-sama dengan murid tipikal di dalam satu kelas.
Saturday, 17 November 2012
Friday, 16 November 2012
Apa Tu???
Palsi Serebrum ( CP )
Amputasi ( Kudung Anggota )
Amputasi??? Apa tu??? Untuk makluman semua nama lain bagi Amputasi ialah kehilangan mana-mana anggota badan yang mungkin berlaku disebabkan kemalangan, jangkitan tulang dan kanser tulang atau sememangnya dilahirkan tanpa anggota tertentu
Polio
Polio merupakan kelemahan otot atau kelumpuhan, yang selalunya berlaku ketika masih kecil..Polio berpunca daripada jangkitan virus yang boleh mengakibatkan kelumpuhan terutamanya di bahagian kaki. Polio boleh dielakkan menerusi imunisasi.
Distrofi Otot
Distrofi otot merupakan sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan kelemahan atau kemerosotan otot secara beransur-ansur dan akhirnya boleh menyebabkan kerosakan kepada otot jantung dan pernafasan
Epilepsi
Epilepsi juga dikenali sebagai penyakit sawan. Epilepsi menggambarkan tentang gangguan yang berlaku apabila terdapat ledakan aktiviti keterlaluan di dalam sebahagian atau seluruh otak , dan keadaan ini berlaku secara tiba-tiba dan hilang secara tiba-tiba serta cenderung untuk berlaku semula.
- Ciri utama gangguan ini ialah kekakuan anggota yang menyebabkan kelumpuhan
- Penyakit ini tidak berjangkit, tetapi tidak boleh dipulihkan
- Terdapat beberapa bentuk Palsi Serembrum. Antaranya ialah :
- Spastik
- Atetosis
- Ataksia
- Atonia
- Tremor
- CP boleh berlaku secara bersendirian atau dalam gabungan mana jenis atau lebih :
- Monoplegia - Satu lengan atau satu kaki
- Hemiplegia - Satu lengan dan satu kaki pada sebelah badan yang sama
- Triplegia - Tiga anggota terjejas, selalunya 2 kaki dan satu lengan
- Diplegia - Keempat-empat anggota terjejas, dengan kaki lebih teruk terjejas daripada lengan
- Kuadriplegia - Keempat-empat anggota sama-sama terjejas
- Paraplegia - 2 anggota setiap satu pada sebelah badan yang berlainan
Amputasi ( Kudung Anggota )
Amputasi??? Apa tu??? Untuk makluman semua nama lain bagi Amputasi ialah kehilangan mana-mana anggota badan yang mungkin berlaku disebabkan kemalangan, jangkitan tulang dan kanser tulang atau sememangnya dilahirkan tanpa anggota tertentu
Polio
Polio merupakan kelemahan otot atau kelumpuhan, yang selalunya berlaku ketika masih kecil..Polio berpunca daripada jangkitan virus yang boleh mengakibatkan kelumpuhan terutamanya di bahagian kaki. Polio boleh dielakkan menerusi imunisasi.
Distrofi Otot
Distrofi otot merupakan sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan kelemahan atau kemerosotan otot secara beransur-ansur dan akhirnya boleh menyebabkan kerosakan kepada otot jantung dan pernafasan
Epilepsi
Epilepsi juga dikenali sebagai penyakit sawan. Epilepsi menggambarkan tentang gangguan yang berlaku apabila terdapat ledakan aktiviti keterlaluan di dalam sebahagian atau seluruh otak , dan keadaan ini berlaku secara tiba-tiba dan hilang secara tiba-tiba serta cenderung untuk berlaku semula.
Friday, 9 November 2012
Gangguan Fizikal dan Pergerakan
Terdapat beberapa faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya gangguan fizikal dan pergerakan. Antaranya ialah disebabkan oleh :
- Faktor keadaan semula jadi
-berlaku kepada bayi sama ada semasa bayi berada dalam kandungan ataupun ketika proses kelahiran
-terbahagi kepada 2 iaitu faktor baka dan faktor persekitaran - Penyakit
-contoh : Penyakit Polio, penyakit berjangkit seperti tibi tulang ( Osteomielitis ) dan penyakit sendi tulang ( artritis ) - Kemalangan
-ingat!!!..kita yang dilahirkan normal juga mempunyai risiko untuk mengalami kecacatan... - Peperangan
-bahan radiasi yang dikeluarkan oleh bom boleh mengakibatkan berlakunya kecacatan pada janin dalam kandungan, bayi, kanak-kanak serta orang dewasa
-contoh : bahan nuklear yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua yang menyebabkan berjuta-juta rakyat mengalami jangkitan virus.
Saturday, 3 November 2012
Pendidikan Khas
Definisi Pendidikan Khas
Apa itu pendidikan khas??? .....Untuk makluman pembaca sekalian, pendidikan khas ialah satu program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas.
Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon ( 1992 ), pendidikan khas adalah satu program pendidikan yang dirancang khas untuk murid-murid istimewa atau luar biasa daripada segi intelek, jasmani, sosial atau emosi...
Mengikut terjemahan Kirk ( 1993 ), definisi pendidikan khas adalah "kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dari segi mental , keupayaan deria , ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal , tingkah laku sosial atau emosi , keupayaan komunikasi ataupun pelbagai kekurangan sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai ataupun perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat berkembang kepada kemampuan yang maksimum".
Manakala, mengikut terjemahan Culatta ( 1999 ) pula, definisi pendidikan khas adalah pengajaran yang bercorak individu yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.
~Apabila kita bersyukur, kita berusaha memberikan yang terbaik sebagai tanda terima kasih kepada Pencipta~
Subscribe to:
Posts (Atom)